Monday, September 22, 2025

Program Penghijauan Malaysia (Kempen Penanaman 100 Juta Pokok)

Hebahan
Admin DC
Admin DChttps://desachepoh.com
Pusat Pengurusan Laman Web. Kg. Chepoh, Mukim K. Telemong, 21210 K. Terengganu.
Program Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar (Communication, Education and Public Awareness) – CEPA
Sempena : Program Penghijauan Malaysia (Kempen Penanaman 100 Juta Pokok)
Oleh : Penolong Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat
Bertempat : Masjid Kampung Chepoh
Pada : 08 November 2023 (Rabu), Bersamaan 24 Rabiulakhir 1445 H
Video penuh di Link:
Program seperti ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang pentingnya kawasan liputan hijau untuk kesejahteraan dan kualiti hidup serta bagi menambah baik ekosistem dan biodiversity negara. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 05 Januari 2021 yang lalu. Kempen ini dilaksanakan juga bermula 2021 hingga 2025 iaitu dalam tempoh 5 tahun.
PENCAPAIAN TERENGGANU DALAM KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK
Sehingga kini di Negeri Terengganu telah merekodkan sebanyak 1,286,553 pokok yang telah ditanam dengan kepelbagaian spesies pokok dengan kerjasama pelbagai pihak dan agensi. (Ranking ke 8 dari seluruh Malaysia). Pada hari ini sebanyak 50 anak pokok yang akan ditanam oleh warga komuniti yang mana menjadikan keseluruhan jumlah penanaman pokok hingga kini iaitu di Negeri Terengganu adalah berjumlah 1,286,603 pokok telah berjaya ditanam. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua.
Hutan merupakan salah satu khazanah alam yang sungguh menakjubkan dan kaya dengan sumber-sumber semulajadi dengan kepelbagaian biologi yang menjadi penyumbang terbesar dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Di samping itu juga, hutan turut menyumbangkan faedah-faedah lain yang tidak ternilai seperti pemeliharaan tanah-tanih, kestabilan iklim, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan pengwujudan kawasan-kawasan rekreasi serta menjadi punca atau sumber air bersih. Oleh itu, usaha-usaha melindungi dan memelihara khazanah hutan perlu diberikan keutamaan bagi memastikan peranannya kepada ekonomi dan sosial negara dapat dikekalkan dan dipertingkatkan.
Penanaman Pokok bagi Program Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar (Communication, Education and Public Awareness) – CEPA
Pelaksanaan aktivti penanaman pokok seumpama ini tentunya untuk meningkatkan kesedaran semua pihak dan juga dapat menambah baik ekosistem dan biodiversiti negara sekaligus dapat memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui aktiviti penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia dan menangani fenomena perubahan iklim di peringkat global.
Program penanaman pokok seperti ini diharapkan dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada orang ramai dan pihak berkepentingan lain melalui komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam. Pada hari ini tanggal 08 November 2023, sebanyak enam (6) spesies yang akan ditanam iaitu melibatkan tanaman pokok hiasan, pokok buah serta pokok hutan.
Terima Kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamanya warga komuniti yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim bin Draman selaku Pengerusi  AJK Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Chepoh, Pengerusi dan Imam Masjid serta Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat pada hari ini bagi menjayakan aktivti penanaman pokok dan terima kasih juga kepada Pejabat Hutan Renj Tengkawan bersama Unit Tapak Semaian Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat selaku urus setia yang telah berganding bahu / bertungkus-lumus menjayakan program pada hari ini dan juga kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat yang sama-sama hadir memeriahkan program.
Masjid Kampung Chepoh lokasi tanaman,
Pelbagai spesies menjadi pilihan,
Menanam pokok lambang kehidupan,
Mari kita jadikan amalan.
Berjalan-jalan di tepi tasik,
Bila berjalan perlu berhati-hati,
Hutan perlu dijaga cantik,
Agar dilihat semua generasi.
Yang Berusaha Puan Nor Amizah binti Mamat
(Penolong Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat),
Mewakili Pegawai Hutan Daerah Terengganu Barat.
Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim bin Draman
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Chepoh)
Yang Berusaha Puan Nurul Fatihah binti Ab. Hadi
(Penolong Pegawai Hutan Renj Kuala Berang)
Yang Berusaha Puan Noratini Bt. Razali
(Penolong Pegawai Hutan Renj Ajil)
Yang Berusaha Encik Muhammad Ashraf bin Busu
(Penolong Pegawai Hutan Renj Jerangau)
Yang Berusaha Encik Mat Ariffin bin Alias
(Pengerusi Masjid Kampung Chepoh)
Yang Berusaha Encik Muhammad Shafiq bin Che Abdul Halim
(Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Chepoh)
Yang Berusaha Encik Asahari bin Jusoh
(Imam Masjid Kampung Chepoh)
dan Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat serta warga Komuniti Desa Chepoh.
Aktiviti

TAHNIAH Penyertaan Dari Promoter Combi Desa Chepoh Hulu Terengganu

Tempat ke - 3 Kategori Perkhidmatan (Oral) dalam Simposium Inovasi COMBI Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2023#pkdhtrg#hebatkankajknt#JKNTReachMe 

Berkaitan

Utama
Pengumuman
Map
Kepimpinan